Tak percaya?
Memang tak perlu percaya.Kaedah ini kaedah mudah untuk kita mendapatkan seolah - olah sejuzuk al Quran setiap hari.Bukannya sejuzuk secara hakiki.
Sejuzuk al Quran mengandungi 21 muka surat kan?
Oleh itu cuba dapatkan 21 muka surat dengan cara yang mudah setiap hari.Cuma perlu mengambil beberapa waktu sahaja.
Apa yang perlu anda ada ialah senaskhah al quran yang mempunyai surah - surah amalan harian.Jadi, lebih tipis, lebih senang untuk di bawa ke tempat kerja atau ke mana sahaja.
Kita akan cuba untuk dapatkan 21 muka surat ( seolah - olah sejuzuk al Quran ).
Pertama sekali, amalkan sebelum atau selepas subuh surah Yasin.
Kedua, amalkan surah al Waqiah selepas asar.
Ketiga, amalkan surah ar Rahman selepas maghrib.
Keempat amalkan surah al Mulk selepas isyak.
dan baki nya..amalkan surah ad Dhuha sehingga surah an Nas sebelum tidur.
Hasilnya, kita dah berjaya mendapatkan lebih kurang 20 - 22 muka surat.Berbaloilahkan?Seperti sejuzuk al Quran setiap hari.
Dengan keadaan kita yang sibuk, kita cuba dapatkan surah - surah yang ringkas.Lama kelamaan, lidah kita akan hafal dan bila sudah melekat di hati, sambil buat kerja pun kita boleh mengamalkannya.
Semakin kuat cabaran hidup, dengan masalah di tempat kerja, masalah di rumah, masalah dengan pasangan, masalah dengan politik yang semakin kucar kacir, sepatutnya semakin kuat pergantungan kita dengan al Quran.Bila banyak membaca al Quran, hati kita akan tenang.Bila hati tenang,semakin cekap kita membuat sesuatu keputusan dan tindakan.
Selamat beramal! Sebar - sebarkan.
No comments:
Post a Comment