Sunday, February 19, 2012

Niat yang perlu diletak di dalam hati sebelum berkahwin

Hari ini, sebelum buat apa - apa pekerjaan, pasangkan niat siap - siap.Kita mahu jadi apa dan buat apa hari ini.Pasangkan niat yang baik - baik, semoga kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Begitu juga sebelum berkahwin.Apa ya kita nak niatkan?Apa ya yang kita mahukan daripada perkahwinan kita ni?Percaya atau tidak, kegagalan rumahtangga disebabkan si suami dan si isteri langsung tidak ada apa - apa niat yang jelas.Jadinya, perkahwinan sekadar mahu menghalalkan cinta sahaja.



Eh..menghalalkan hubungan itu juga niat yang baik!
Tetapi, cuba kita pasang lebih banyak niat sebelum berkahwin supaya kita ada matlamat - matlamat yang lebih jauh untuk dicapai daripada perkahwinan kita itu nanti.


Antara niat yang boleh kita pasangkan ialah :



- niat untuk mengikuti sunnah Rasulullah saw
- niat untuk mencari cinta Rasulullah saw kerana baginda suka kita memperbanyakkan umatnya.Wah, kena ada anak ramai - ramai ye!
- niat untuk menjaga godaan syaitan, menjaga mata dan kemaluan
- niat untuk mencari ketenangan dengan adanya tempat bermanja - isteri dan anak - anak -
- niat untuk mentadbir rumahtangga dan menghadapi cabaran berumahtangga,lagi besar cabaran lagi tinggi iman kita jika kita berjaya menghadapinya dengan baik
- niat untuk belajar ilmu baru seperti ilmu berkeluarga, ilmu memasak, pertukangan, mengemas dan menghias rumah, menjaga kebersihan rumah dll.Hidup bujang, kita sering tidak ambil cakna benda - benda ni kan?
- niat untuk mujahadah diri dengan karenah pasangan dan anak - anak.
- niat untuk mendapat pahala dengan memberikan rezki yang halal kepada keluarga.
- niat untuk mendapat pahala berlipat kali ganda.Orang yang telah berkahwin,pahala  solat sunatnya 70 kali ganda lebih banyak daripada orang yang masih bujang
- niat untuk mendapatkan anak yang soleh supaya mereka boleh mendoakan kita.
dan yang terakhir niatlah kita berkahwin kerana Allah SWT.

Semoga berfaedah, kongsi - kongsikan dengan rakan - rakan anda yang masih bujang tu :)
Episod yang akan datang, kami akan kongsikan doa - doa perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...