Friday, March 9, 2012

Nak bercerai tetapi tak jadi cerai

Tersebutlah al kisahnya di satu negeri di selatan utara tanah air kita ni.Seorang isteri yang mempunyai kerjaya yang bagus.Kaya pun kaya, cantik pun cantik, pelajaran pun tinggi..keluaran universiti katakan.

Dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang biasa - biasa sahaja, cinta punya pasal, berkahwinlah mereka.Hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka.10 tahun yang lalu, dia merasakan lelaki itulah yang akan menjadi tempat dia berteduh, bermanja dan sebagainya.



Namun hari demi hari, masa terus berlalu, cintanya semakin hambar kepada sang suaminya.Suaminya pula hanya kerja sebagai kelendan lori sahaja.Gaji pun tak seberapa, sekolah pun setakat PMR sahaja, tak romantik pula tu, balik rumah pun asyik lewat sahaja.Ye lah, nama pun kerja bawa lori, hantar barang ke merata tempat, ye balik lewat.

Si isteri ni dah tak tahan dengan si suaminya, mulalalah pasang niat untuk meminta cerai.Hasratnya semakin kuat bila suaminya dibuang kerja dan tersadai di rumah.Disuruh cari kerja, tak nak pula.Tidur makan tidur makan.Haishh..teruk sungguh si suaminya nikan?

Si isteri pun bertekad, semasa waktu rehat waktu pejabat, dia ke mahkamah syariah untuk buat aduan dan nak minta fasakh sebab suaminya sudah berbulan- bulan tak bekerja, bagi nafkah jauh sekali, dia pula yang menyara bangkai hidup dirumahnya itu.Beban.

Dia pun jumpalah seorang ustaz di mahkamah syariah.Ceritalah semua apa yang berlaku.

Selepas selesai dia mengadu,berkongsi masalah, si ustaz tu minta dia datang lagi besok untuk isi borang.Ustaz tu kata borang habis.Boleh habislah pula ya....hehe.

Esoknya dia agak sibuk.Minggu depannya dia datang lagi jumpa dengan ustaz tu.Ustaz tu kata pula yang dia ada meeting...dia suruh si isteri ni datang esok lagi.

Esoknya si isteri ni datang, ustaz tu suruh si isteri ni balik rumah dulu.Fikir masak - masak.Sebab lepas isteri ni isi borang, ustaz tu nak panggil pula si suami untuk kaunseling.Isteri pun baliklah untuk fikir masak - masak.

Masa sebulan terus berlalu..2 bulan terus berlalu...si suami dah dapat kerja cuci pinggan mangkuk di restoran berdekatan dengan taman mereka tinggal.

Kehidupan mereka berubah sikit.Suaminya pulang awal sebab kerja sampai petang shj.Setiap hari dia bawa makanan sedap - sedap balik rumah, maklumlah kerja restoran mewah.Ada makanan lebih, dia bawalah pulang untuk jimat kos dan boleh makan sama - sama dengan isterinya.Si isteri memang suka makan, dapat pula makan best best.Free pula tu.Sukalah dia.Haha.

Si isteri masih tak memadamkan niat untuk bercerai.Sebab rasa dirinya lebih tinggi darjatnya dari suami.Dia kalau boleh nak berpisah juga.

9 bulan berlalu.Selepas kerja dia call ustaz yang hari tu...ustaz tu suruh datang minggu depan.Ada je alasan ustaz tu.Alasan demi alasan ...sedar tidak sedar..setahun lebih berlalu.

Perkahwinan dan jodoh mereka masih panjang, sebab ustaz ni punya alasan memanglah banyak.Si isteri ni pun naik marah - marah kadang - kadang dengan ustaz lembab ni.Hehe.

Satu hari, ayah mentua si isteri ni meninggal dunia.Sakit tua.Biasalah lah.Mereka pun balik kampung untuk uruskan upacara pengebumian.Laki dia ni anak tunggal, sebab tu tak reti layan perempuan..(.atau layan isteri dia sangat ).Jenis pendiam kot.

Selesai semua urusan pengebumian,tahlil seminggu semua.Si mak dia bagitau si anak lelakinya, bahawa ayahnya ada wasiatkan tanah kelapa sawit dekat 20 ekar.Banyak tak banyaklah kan.

Tak lama lepas tu, dengar cerita si suami ni dah jual separuh tanah dan buat modal untuk buka restoran dan beberapa kedai makan.Hasil pengalamannya kerja restoran digunakan sebaik - baiknya.Hidup mereka terus berubah.Dari rumah kecil dah tukar rumah besar.Hidup mereka berubah, ikatan kasih sayang semakin erat.Apa taknya, setiap tahun keluar bulan madu ke luar negara.Isteri dia sukalah.

Si isteri dah tak terfikir lagi nak minta cerai.Segalanya telah pun sempurna dan cukup.

Esoknya dia telefon ustaz tu untuk bagitau yang dia tak jadi cerai.Dia ceritalah apa yang dah berlaku.
Ustaz tu cuma kata sepatah ayat je,

" Saya dah menghadap banyak kes mcm kes awak ni.....semua akhirnya tak jadi bercerai"

Kita tak tahu masa depan dan takdir rumahtangga kita.
Bersabar dan jauhilah perkataan cerai.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...