Sunday, March 4, 2012

Anda pembawa Thalassemia?

 Assalamualaikum semua.

Beberapa minggu yang lepas, saya baru tahu bahawa keluarga saya menghidap sejenis penyakit yang dipanggil Thalassemia.

Penyakit ke?

Saya kurang arif mengenai penyakit ini.Keluarga saya sihat - sihat belaka, tidak pernah menghadapi apa - apa komplikasi sehinggalah anak buah saya mengalami masalah selepas kelahirannya dan disahkan menghidap Thalassemia.Rupa - rupanya ia penyakit yang berpunca daripada ibu bapa, dua dua pembawa Thalassemia, maka anak - anak berkemungkinan menghadapi masalah setelah lahir.

Faedahnya disini, sebelum bertunang atau berkahwin saya galakkan kepada semua pasangan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Mana tahu, pasangan anda atau anda sendiri menghidap penyakit yang anda tidak tahu dan akan membahayakan anak - anak anda nanti.

 Mari tonton tube di bawah, dan ambil faedah daripadanya.Comel adik di bawah ni :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...