Salam.
Harini saya nak memulakan dan membawa para pembaca
blog Rumahku Syurgaku untuk berkenalan dengan sayur-sayuran yang sangat banyak
kelebihannya.
Jadi untuk permulaan kempen ini, saya nak perkenalkan
sayur: BROCCOLI.
Yeay broccoli !!
Siapa suka makan broccoli angkat tangan!
Apa? Tak suka makan sayur?
Isk tak boleh la macam tu. Sayur-sayuran mengandungi
banyak sangat khasiat dan khazanah yang Allah cipta setiap satunya. Seperti
broccoli, ianya mengandungi kandungan vitamin C, kalsium, folic acid, fiber dan
vitamin A yang tinggi.
Broccoli ini Allah ciptakannya mengandungi kandungan
anti-cancer yang tinggi. Kajian daripada Johns Hopkins University School of
Medicine di Baltimore mengatakan kandungan sulforaphane di dalam
broccoli akan meningkatkan enzim didalam badan kita yang akan melawan kanser.
Hebat bukan?
Yelah, zaman sekarang semua oarng takut kalau kene
kanser. Tapi pemakanan tak nak jaga. Selain daripada anti-cancer, broccoli juga
cemerlang sebagai anti-bacteria dan anti-viral. Untuk kaum adam, broccoli
membantu mencegah prostate cancer.
Jadi bagaimana mahu memilih broccoli?
Untuk membuat pilihan broccoli yang terbaik dan
terbagus di pasar raya, perhatikan warnanya. Yang terbaik adalah yang berwarna
hijau pekat. Kalau dah warna kuning-kuning tu maknanya tak berapa bagus. Dan
pilih broccoli yang batangnya kuat, bukan yang sudah lembik. Selalu kalau kat
pasar raya, mereka akan balut broccoli dengan plastic, dan ini akan menyebabkan
kandungan nutrient didalamnya berkurang. Jadi sebaiknya belilah broccoli yang
tidak dibaluti plastic dan segar dari ladang.
Cara terbaik untuk memasak broccoli adalah melalui
kukusan, bakar dalam microwave atau stir-fry. Kalau nak rebus, pastikan jangan
lama-lama sangat. 3-4 minutes is just nice. Sebab nanti kalau rebus lama-lama,
kandungan anti cancernya akan berkurang.
Selamat menggayakan gaya hidup sehat :)
Tumpang ruang komen :
ReplyDeleteLINK matan zubad
http://www.4shared.com/mp3/VskoXCS6/_____2.html