Wednesday, January 25, 2012

Kaedah berwudhuk yang betul ttp sering kita ambil enteng



Selamat beramal dan kongsikan bersama kawan - kawan.
Suatu masa nanti, tatkala kita kesempitan amal untuk masuk ke syurga, tiba - tiba datang satu amalan yang seluas mata memandang banyaknya.Lalu kita kehairanan,

" Pahala apakah kamu ini...aku tidak pernah beramal sebanyak ini...?"
" Terkejut ke?Hehehe..tak ingat ke..dulu ada kongsi - kongsi benda baik dengan kawan - kawan?Alah...yang share - share in your wall post tu, post link tu..apa tu menatangnya..pesbuk pesbuk...haa..tu lah..kome kan kawan - kawan gelar kome Hantu Share..aku lah tu..."

Lalu kita tersenyum lega.
"Selamat aku hari ni"



Tuesday, January 24, 2012

Kaedah mengelakkan pembaziran air ketika berwudhuk


Berwudhuk salah satu ibadat yang sangat agung kerana ia adalah kunci utama kepada solat.Orang yang sentiasa berwudhuk, wajahnya akan sentiasa berseri - seri tidak kira sama ada di dunia atau pun di akhirat sehinggakan nanti di akhirat, wajahnya yang berseri - seri menjadi pembeza antara sekalian umat yang dikumpulkan di padang mashsyar kelak.Subhanallah!

Antara tabiat yang sukar untuk kita elakkan ialah membazir semasa berwudhuk.Paip dibuka sebesar - besarnya dan dibiarkan mengalir begitu sahaja.Sebabnya, kita tidak dilatih semenjak kecil tentang kepentingan dan menghargai air.Bahkan kadangkala kita juga menghadapi masalah dengan anak - anak kita yang suka membazir semasa berwudhuk.

Jadi, bagaimana cara mudahnya untuk berjimat cermat?

Monday, January 23, 2012

Kaedah mudah untuk menghabiskan sejuzuk Al Quran setiap hari

Tak percaya?

Memang tak perlu percaya.Kaedah ini kaedah mudah untuk kita mendapatkan seolah - olah sejuzuk al Quran setiap hari.Bukannya sejuzuk secara hakiki.

Sejuzuk al Quran mengandungi 21 muka surat kan?

Sunday, January 22, 2012

Kaedah mudah untuk mendapatkan 50 rakaat solat setiap hari

Solat adalah ibadah yang sangat istimewa.Istimewa daripada sudut ganjaran ketaatan, kesihatan, rohani, latihan kekhusyukan dan paling hebat ialah menyemai perasaan cinta kepada Allah swt.Bahkan hubungan kita terlalu dekat denganNya tatkala sedang sujud rebah menyatakan rasa cinta kepadaNya.

Setiap ibadah, Allah swt letakkan rahsia kemanisan iman.Begitu juga solat.
Jadi, di umur - umur muda, sangat - sangat perlu untuk kita melatih diri kita bersolat semaksima mungkin yang kita mampu.Masa muda jangan sesekali kita biarkan berlaku, takut - takut nanti apabila usia menjengah tua, kerja melambak mengejar kita, baru kita terfikir untuk beribadah.Ketika itu, akan terasa liat untuk beribadah.

Saturday, January 21, 2012

Kaedah mudah untuk mendapatkan 36500 kali selawat

Bacaan selawat adalah suatu amalan yang sangat besar.Menurut sesetengah ulamak, satu - satunya amalan yang diangkat ke langit sekalipun dilakukan dalam keadaan riyak ialah selawat ke atas junjungan mulia baginda SAW.Adapun amalan - amalan yang lain, jika dilakukan dengan perasaan riyak, maka akan hangus terbakarlah ia seperti api membakar daun - daun yang kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...