Isteri kita, anak- anak perempuan kita sepatutnya menjadikan ummuhatul mukminin sebagai idola mereka semua.Belikan mereka buku - buku berkenaan ibu - ibu kita ini, bacakan dan ambillah ibrah dalam setiap inci kehidupan mereka.Ilmu mereka, zuhud mereka, cinta mereka kepada suaminya Rasulullah SAW, pengorbanan mereka kepada agama, jihad mereka dan segalanya.
Boleh?Jom kenali mereka.
Isteri - isteri Rasulullah SAW :
1. KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Sayidina Khadijah adalah seorang perempuan bangsawan Quraisy dan seorang
hartawan. Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, dia berusia 40 tahun dan Baginda
ketika itu berusia 25 tahun. Selama bersama Khadijah, Rasulullah SAW tidak pernah
berkahwin dengan perempuan lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia ketika berusia
65 tahun pada tahun ke 10 kerasulan.Hasil daripada perkahwinan ini Rasulullah SAW dikurniakan 6 orang anak, dua orang putera dan empat orang puteri.
2. SAUDAH BINTI ZAM’AH
Sayidina Saudah adalah salah seorang perempuan yang terawal yang memeluk Islam.
Beliau dan suaminya termasuk dalam rombongan yang diperintahkan Rasulullah SAW
berhijrah ke Habsyah. Suaminya Sakram bin 'Amir meninggal dunia sekembalinya mereka
dari Habsyah. Bagi melindungi dan menolongnya daripada penderitaan dan fitnah,
Rasulullah SAW mengahwininya pada tahun wafatnya Sayidina Khadijah.
3. 'AISYAH BINTI ABU BAKAR
Pertunangan Rasulullah SAW dengan Sayidina 'Aisyah berlangsung di Makkah setelah
sebulan dari perkahwinan Baginda dengan Sayidina Saudah dan perkahwinannya pula
berlangsung pada tahun pertama Hijrah.
Pada hakikatnya perkahwinan ini adalah atas keinginan ayahanda Sayidina 'Aisyah iaitu
Abu Bakar, selain untuk memenuhi harapan Rasulullah SAW yang menginginkan adanya
seorang wanita yang dapat menyampaikan ajaran-ajaran Baginda. Kenyataannya
Sayidina 'Aisyah memang seorang yang cepat dan cerdas dalam memahami ajaran-ajaran
Rasulullah SAW dan pandai serta ahli tentang hukum-hukum Islam.
4. HAFSAH BINTI UMAR
Sayidina Hafsah adalah puteri ‘Umar bin Khattab r.a dan juga bekas isteri salah seorang
sahabat yang syahid dalam perang Badar. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah
SAW, 'Umar pernah menawarkan puterinya itu kepada Abu Bakar r.a dan 'Uthman bin
Affan r.a, namun kedua-dua mereka menolak. Maka untuk menggembirakan hati 'Umar,
Rasulullah SAW mengahwininya.
5. ZAINAB BINTI KHUZAIMAH
Sejak zaman jahiliah, Zainab terkenal sebagai seorang perempuan yang penyayang,
pemurah dan budiman terutama kepada orang-orang miskin sehingga dia mendapat
nama julukan "Ummul Masaakin" (ibu orang-orang miskin).
Sayidina Zainab adalah isteri Baginda yang keempat sesudah Saudah. Beliau wafat
selang beberapa bulan sesudah perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.
6. HINDUN BINTI ABI UMAIJAH
Beliau juga digelar Ummu Salamah kerana mempunyai anak yang bernama Salamah
hasil perkahwinannya dengan sahabat 'Abdullah bin 'Abdul Asad yang syahid ketika
memimpin suatu pertempuran.
Menurut sesetengah riwayat pada waktu Rasulullah SAW melamar Ummu Salamah,
beliau menjawab, "Aku ini seorang perempuan yang sudah tua, menjadi ibu kepada anakanak
yatim dan saya sangat cemburu". Kata-kata itu disambut oleh Rasulullah SAW
dengan menjawab, "Tentang perkataan mu : aku ini seorang perempuan yang sudah tua,
aku jawab : aku lebih tua daripada kamu dan tidak akan tercela seorang yang kahwin
dengan seorang laki-laki yang lebih tua daripadanya. Tentang perkataan mu : aku ini
menjadi ibu anak-anak yatim, aku jawab : anak-anak yatim itu tanggungan Allah dan
Rasul Nya. Tentang perkataan mu : aku ini seorang perempuan yang sangat cemburu,
aku jawab : aku doakan kepada Allah mudah-mudahan Dia melenyapkan sifat yang
demikian daripada mu".
7. ZAINAB BINTI JAHSY
Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Harithah (bekas budak dan merupakan anak angkat
Rasulullah SAW). Zaid menceraikan Zainab kerana tidak tahan dengan sikapnya yang
sering membanggakan keturunan dan sering merendahkan darjat suaminya.
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Zainab menghapuskan adat kebiasaan bangsa
'Arab yang menyamakan anak angkat dengan anak sendiri dari segi hak keturunan, hak
warisan dan sebagainya. Perkahwinan ini berlangsung pada bulan Zulkaedah tahun ke 5
Hijrah.
8. JUWAIRIYAH BINTI HARITH
Beliau adalah salah seorang dari tawanan perang tentera Muslimin dengan Bani
Musthaliq, puteri kepada Harith bin Dhirar, ketua suku tersebut. Dia mendapatkan
Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan agar diperkenankan membayar tebusan
untuk dirinya agar dimerdekakan. Baginda bersedia membayar tebusan dan mengahwininya.
Apabila beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan Rasulullah SAW, lebih kurang 100
orang tawanan Bani Musthaliq dibebaskan oleh kaum Muslimin kerana tidak mahu
memperhambakan orang yang mempunyai tali perkahwinan dengan Baginda. Akhirnya
mereka yang dibebaskan ini memeluk Islam. 'Aisyah pernah berkata, "Saya belum
pernah mengetahui seorang perempuan yang banyak berkat kebaikannya kepada
kaumnya lebih dari Juwairiyah".
9. SAFIYYAH BINTI HUJAJ
Safiyyah adalah anak ketua Yahudi Bani Nadhir, Hujaj bin Akhtab. Beliau turut menjadi
salah seorang tawanan dalam penaklukan Kota Khaibar. Suaminya terbunuh dalam
peristiwa penaklukan itu. Safiyyah diserahkan kepada Rasulullah SAW, memandangkan
dia adalah seorang puteri dari ketua Bani Nadhir. Dia dimerdekakan dan dikahwini oleh
Baginda. Perkahwinan ini berlaku ketika tentera Muslimin masih berada di Khaibar.
10. RAMLAH BINTI ABU SUFIAN
Beliau adalah puteri Abu Sufian bin Harb dan isteri Abdullah bin Jahsy, pernah berhijrah
ke Habsyah bersama suaminya. Sampai di sana suaminya masuk agama Nasrani dan dia
diceraikan. Memandangkan orang tuanya yang masih musyrik dan suaminya yang telah
bertukar agama, Rasulullah SAW mengirimkan seorang utusan kepada Raja Najasyi
meminta dia meminang Ramlah bagi pihak Baginda. Raja Najasyi sendiri memberikan
maskahwinnya. Perkahwinan ini berlaku pada tahun ke 6 Hijrah, ketika itu usia Ramlah
lebih kurang 30 tahun. Setelah itu Raja Najasyi mengirimkan Ramlah menghadap
Rasulullah SAW di Madinah pada tahun ke 7 hijrah. Dia wafat pada tahun ke 42 Hijrah
ketika berusia lebih kurang 60 tahun.
11. MAIMUNAH BINTI AL-HARITS
Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau bernama Barrah. Baginda
mengahwininya ketika Baginda baru saja selesai mengerjakan "Umrah al Qadha" di
Makkah. Perkahwinan dengan Maimunah adalah perkahwinan Rasulullah SAW yang
terakhir. Dia wafat pada tahun ke 63 hijrah dalam usia lebih kurang 80 tahun.
No comments:
Post a Comment