Monday, February 27, 2012

Mas Kahwin - beberapa perkara asas dan penting yang anda perlu tahu

 Assalamualaikum semua.

Hari ini hari Isnin, hari untuk saya meluangkan masa untuk menulis di blog ini.Saya akan cuba untuk menulis hanya pada hari Isnin dan Jumaat sahaja selepas ini.Biasalah, saya pun ada kerja juga macam anda.Huhu.

Okeylah.Hari ni nak menulis serba sedikit tentang mas kahwin sebab teringat cerita tentang seorang kenalan jauh saya yang memberikan hantaran berupa saham felda kepada isterinya.Tetapi itu hantaran, hantaran bukanlah mas kahwin yang diwajibkan dalam syarak.Sila betulkan spek mata anda.


Mas kahwin ialah pemberian yang wajib daripada SUAMI kepada ISTERI dengan sebab berlakunya akad perkahwinan.Faham betul - betul ya, ia bukan diberi kepada ayah atau adik akak makcik pakcik pihak wanita.Jadi kalau si ayah kata mahu mas kahwin Rm1000, tetapi isteri pula kata "Abang bayar je lah RM500...Ina tak kisah..." Hehe.Maka yang wajib di bayar ialah apa yang diminta oleh isteri, bukannya apa yang diminta oleh si ayah.Hatta jikalau isteri terlebih sayang dan kata tak perlu bayar apa - apa, maka si suami senyum aje lah ya.Seeloknya suami berilah juga, sebagai hadiah tanda penghargaan kerana isteri sudi menerimanya sebagai suami.Janganlah jadi kedekut haji Bakhil.

Perkara yang kedua yang perlu kita faham ialah mas kahwin boleh diberi dalam bentuk wang atau pun benda yang berharga atau manfaat.Pernah dengar bukan kisah sahabat Rasulullah SAW berkahwin dengan mas kahwinnya Al Quran ( mengajar al Quran kepada isterinya ).Ini contoh manfaat.Jadi boleh memberi mas kahwin dalam bentuk duit, emas, kereta, rumah, aset dan lain - lain.Mas kahwin yang terbaik ialah diberi dalam bentuk perak, dan sebaik - baik wanita ialah yang paling sedikit mas kahwinnya :) Ingat tu perempuan di luar sana.Hah, pakat - pakat beli dirham Kelantan....RM27 sekeping.Dinar Kelantan cantik buatannya, sesuai dibuat mas kahwin dan hantaran :).

 Perkara yang ketiga yang perlu diingat ialah mas kahwin bukanlah wajib diberi semasa akad.Boleh sahaja diberi selepas daripada itu.Manalah tau, kalau - kalau pasangan tak cukup duit.Bolehlah hutang, minta tangguh dengan isteri.Cuma sunat bagi yang tidak mampu memberinya nilai penuh mas kahwinnya untuk memberikan sedikit daripada nlai mas kahwin kepada isteri sebelum melayari bantera malam pertama.Bahtera ke?Huhu...

Perkara keempat yang perlu anda tahu, mas kahwin terbahagi kepada 2 iaitu disebut mahar musamma dan mahal mithil.Mahar musamma yang disebut semasa akad dan mahar mithil tidak disebut semasa akad.Mahal mithil saya akan terangkan pada tajuk akan datang kerana ia ada kene mengena dengan 'nilai' seseorang wanita yang ingin dikahwini.

Okey, di Malaysia kita gunakan mahar musamma.Yang disebut dalam akad.Biasa dengarkan semasa akad nikah dijalankan.


"Aku terima nikah si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai ( nilai musamma negeri Johor )"

Faedah negeri - negeri menetapkan mahar musamma adalah supaya pihak lelaki mudah, nilainya tidak membebankan dan  apabila telah disebut dalam akad, maka mengelakkan berlakunya perselisihan selepas perkahwinan kerana isteri telah jelas akan nilai mas kahwinnya.

Di bawah ini contoh mas kahwin - musamma - boleh lihat dan sudah boleh fikir - fikir anda mahu cari calon dari negeri mana.Hehe.Episod akan datang nanti saya cuba cerita sedikit tentang mahar mithil.

Kongsi - kongsikan jika bermanfaat.Owh ya, gambah di bawah ni saya ambil daripada web
Bakal pengantin.com.

BIL NEGERI NILAI
ANAK DARA
A B C
1 JOHOR RM 22.50
2 MELAKA RM 40.00
3 NEGERI SEMBILAN
a. Bukan Waris RM 24.00
b. Ahli Waris RM 48.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah RM 725.00
Datuk Kelana& Kerabat
4 SELANGOR
i.   Puteri Sultan RM 2,500.00
ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri RM 2,000.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri Kerabat RM 1,000.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris) RM 550.00
Puteri Anak Raja (yang lain) RM 300.00
v.   Anak Perempuan org-org besar RM 300.00
vi.   Cucu orang besar RM 200.00
vii.  Orang Kebanyakkan RM 80.00
5 KUALA LUMPUR RM 80.00
6 PERAK RM  101.00
7 PULAU PINANG RM  24.00
8 KEDAH
9 PERLIS
10 PAHANG RM 22.50
11 TERENGGANU
12 KELANTAN
13 SABAH RM 100.00
14 SARAWAK RM 120.00
15 W.P LABUAN RM 80.00
BIL NEGERI NILAI
JANDA
A B C
1 JOHOR RM 22.50
2 MELAKA RM 40.00
3 NEGERI SEMBILAN
a. Bukan Waris RM 12.00
b. Ahli Waris RM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
Datuk Kelana& Kerabat
4 SELANGOR
i.   Puteri Sultan RM 625.00
ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri RM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri Kerabat RM 250.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris) RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain) RM 75.00
v.   Anak Perempuan org-org besar RM 75.00
vi.   Cucu orang besar RM 50.00
vii.  Orang Kebanyakkan RM 40.00
5 KUALA LUMPUR RM 40.00
6 PERAK
7 PULAU PINANG RM 24.00
8 KEDAH
9 PERLIS
10 PAHANG RM 22.50
11 TERENGGANU
12 KELANTAN
13 SABAH RM 80.00
14 SARAWAK RM120.00
15 W.P LABUAN RM 80.00





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...