Lama tidak menulis, kali terakhir menulis pada 28 Januari dan sekarang sudah 17 Februari.Semoga Allah beri saya kekuatan untuk terus menulis jika ada manfaat pada penulisan saya.Kali ini nak bercerita tentang cerai atau pun talak.
Pernah juga saya mendengar aduan - aduan daripada pasangan yang telah berkahwin.Tidak tahan dengan sikap pasangannya dan lain - lain lagi.Suami main perempuan lain, suami malas bekerja, suami pukul isteri dan lain - lain lagi.Itu kesilapan daripada pihak suami, daripada pihak isteri apa kurangnya.
Bahkan di negara kita, kes penceraian antara artis semakin menjadi - jadi.Semasa berkahwin, sangat gah, kad kahwin tak main yang seringgit dua, satu kad paling kurang bernilai RM5.Mewah. Tup tap tup tap, bercerai juga.
Apa ya masalahnya?
Mungkinkah kita sebelum berkahwin itu, kita tak menanam niat untuk terus hidup bersama dengan pasangan kita dan menerima mereka seadanya?Tidakkah semasa sebelum melafazkan ijab dan qobul itu kita berniat untuk menjaga pasangan kita sebaiknya dan mahu menjadikan perkahwinan sebagai syurga dunia dan kemudian mahu ke jannah bersama - sama?
Barangkali dulu kita tak ada niat yang baik - baik.Agaknya kita hanya cintakan pasangan kita disebabkan rupanya, hartanya, suaranya, duitnya, glamournya.Tak lama semua itu akan hilang, bila dah bergaduh, muka isteri yang cantik pun jadi huduh di mata suami.Betul tak?
Maka suami pun menceraikan isterinya.
Tetapi tahukah anda, islam agama yang sangat mulia mengajar kita akhlak yang baik tatkala mahu melafazkan lafaz cerai.
Firman Allah swt di surah At Talak ayat 2 yang bermaksud,
"Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik pula"
Antara yang di ajar ialah :
1) Tidak melepaskan lafaz cerai ketika keadaan marah.
2) Sebelum bercerai, fikir dahulu masak - masak kerana ia melibatkan masa depan keluarga dan anak - anak.
3) Kenang kembali niat dan impian kita untuk hidup bersama dan menjaga bahtera rumahtangga dengan baik.
4) Dapatkan nasihat daripada orang - orang alim dan orang - orang yang kita percayai.
5) Duduk berbincang dengan isteri.
6) Jika sudah tidak boleh hidup bersama, masing - masing harus tahu bahawa agama memberikan kebenaran untuk berpisah, dan fungsinya supaya tidak ada antara pasangan akan terus disakiti.
7) Selepas berbincang dan bersetuju, barulah si suami melafazkan lafaz cerai.Dan berpisahlah dengan aman.Bukannya seperti sesetengah orang, di mahkamah dan di hadapan orang ramai pun masih bertekak dan memburukkan pasangan.
8) Simpan masalah yang berlaku antara pasangan dan jauhkan daripada memburukkan pasangan.
9) Mulakan hidup baru dan terima takdir dengan hati yang redha.InsyaAllah, hidup baru lebih mudah dilalui tanpa pasangan di sisi.
Itu sahaja untuk kali ini, ada masa, saya akan catatkan serba sedikit tentang cara memilih pasangan di episod akan datang.
Kongsi - kongsikan bersama rakan - rakan jika ianya berfaedah.
No comments:
Post a Comment