Tuesday, January 24, 2012
Kaedah mengelakkan pembaziran air ketika berwudhuk
Berwudhuk salah satu ibadat yang sangat agung kerana ia adalah kunci utama kepada solat.Orang yang sentiasa berwudhuk, wajahnya akan sentiasa berseri - seri tidak kira sama ada di dunia atau pun di akhirat sehinggakan nanti di akhirat, wajahnya yang berseri - seri menjadi pembeza antara sekalian umat yang dikumpulkan di padang mashsyar kelak.Subhanallah!
Antara tabiat yang sukar untuk kita elakkan ialah membazir semasa berwudhuk.Paip dibuka sebesar - besarnya dan dibiarkan mengalir begitu sahaja.Sebabnya, kita tidak dilatih semenjak kecil tentang kepentingan dan menghargai air.Bahkan kadangkala kita juga menghadapi masalah dengan anak - anak kita yang suka membazir semasa berwudhuk.
Jadi, bagaimana cara mudahnya untuk berjimat cermat?
1) Buka paip dengan kecil.
Tapi berapa ramai yang berjaya mengambil wudhuk dengan air yang mengalir kecil? Kita suka buka dengan kadar yang lebih bukan? Anak - anak kita apatah lagi, sewaktu berwudhuk, makin suka mereka bermain air.Jadi kita tukar cara yang lebih mudah berbanding merubah tabiat kita yang sukar membuka paip dengan kecil sewaktu berwudhuk.
Bagaimana?
2) Sediakan gayung kecil di tandas.Isikan air kedalamnya dan berwudhuk lah dengan hanya menggunakan air di dalam gayung.Tak cukup......barulah tadah lagi.Dan jangan lupa meniatkan telapak tangan sebagai alat mencedok air tatkala berwudhuk.
Masalah pembaziran selesai dan bil air pun dapat dikurangkan.
Selamat beramal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment