Solat adalah ibadah yang sangat istimewa.Istimewa daripada sudut ganjaran ketaatan, kesihatan, rohani, latihan kekhusyukan dan paling hebat ialah menyemai perasaan cinta kepada Allah swt.Bahkan hubungan kita terlalu dekat denganNya tatkala sedang sujud rebah menyatakan rasa cinta kepadaNya.
Setiap ibadah, Allah swt letakkan rahsia kemanisan iman.Begitu juga solat.
Jadi, di umur - umur muda, sangat - sangat perlu untuk kita melatih diri kita bersolat semaksima mungkin yang kita mampu.Masa muda jangan sesekali kita biarkan berlaku, takut - takut nanti apabila usia menjengah tua, kerja melambak mengejar kita, baru kita terfikir untuk beribadah.Ketika itu, akan terasa liat untuk beribadah.
Jadi kita mulakan dahulu dengan yang mudah - mudah dan berjadual.
Mari kita cuba bilang - bilang solat kita, boleh atau tidak cukup 50 rakaat sehari?
Kita mulakan dengan yang wajib iaitu solat fardhu. 17 rakaat sehari.
Solat rawatib, 2 sebelum solat fardhu subuh, 4 sebelum solat fardhu zuhur, 4 selepasnya, 4 sebelum solat fardhu asar, 2 sebelum solat fardhu maghrib, 2 selepasnya, 2 sebelum solat fardhu isyak, 2 selepasnya.Semua sekali 22 rakaat.
Dah berapa ? baru 39 rakaat bukan?
Tambahkan 8 rakaat solat sunat dhuha.Kita sudah ada 47 rakaat.Ada baki 3 rakaat lagi.
Usahakan untuk buat solat tahajjud 2 rakaat dan 1 rakaat solat witir.
Hasil nya, kita sudah berjaya mengumpulkan 50 rakaat solat setiap hari.
Semoga istiqomah sepanjang tahun!
No comments:
Post a Comment