Bacaan selawat adalah suatu amalan yang sangat besar.Menurut sesetengah ulamak, satu - satunya amalan yang diangkat ke langit sekalipun dilakukan dalam keadaan riyak ialah selawat ke atas junjungan mulia baginda SAW.Adapun amalan - amalan yang lain, jika dilakukan dengan perasaan riyak, maka akan hangus terbakarlah ia seperti api membakar daun - daun yang kering.
Antara cara untuk melazimkan diri dengan selawat ialah dengan cara cuba untuk mendapatkan sekurang - kurangnya 100 kali selawat setiap hari.
Oleh itu, selalu - selalu mengamalkan 20 kali selawat sebelum tidur, 20 kali selawat selepas bangun daripada tidur,10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu dan 10 kali selawat sebelum keluar rumah.
20 + 20 + 50 + 10 = 100 kali selawat.
Mudah bukan?
Istiqomahkan amalan ini selama setahun.
365 hari x 100 = 36500.
Biarlah hanya sedikit dan kita ambil waktu - waktu yang mudah, sebelum tidur,selepas bangkit tidur, selepas solat fardhu dan juga sebelum keluar rumah.Apa yang penting ialah istiqomah.Bak kata para ulamak, istiqomah itu bukti kepada karamah iaitu tanda Allah swt memberikan kemuliaan kepada kehidupan kita.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment