Tuesday, February 28, 2012

KEMPEN Satu Sayur Satu Minggu


Salam.

Harini saya nak memulakan dan membawa para pembaca blog Rumahku Syurgaku untuk berkenalan dengan sayur-sayuran yang sangat banyak kelebihannya. 

Jadi untuk permulaan kempen ini, saya nak perkenalkan sayur: BROCCOLI.

Yeay broccoli !!

Siapa suka makan broccoli angkat tangan!

Apa? Tak suka makan sayur?

Isk tak boleh la macam tu. Sayur-sayuran mengandungi banyak sangat khasiat dan khazanah yang Allah cipta setiap satunya. Seperti broccoli, ianya mengandungi kandungan vitamin C, kalsium, folic acid, fiber dan vitamin A yang tinggi.

Broccoli ini Allah ciptakannya mengandungi kandungan anti-cancer yang tinggi. Kajian daripada Johns Hopkins University School of Medicine di Baltimore mengatakan kandungan sulforaphane di dalam broccoli akan meningkatkan enzim didalam badan kita yang akan melawan kanser. Hebat bukan?

Yelah, zaman sekarang semua oarng takut kalau kene kanser. Tapi pemakanan tak nak jaga. Selain daripada anti-cancer, broccoli juga cemerlang sebagai anti-bacteria dan anti-viral. Untuk kaum adam, broccoli membantu mencegah prostate cancer.

Jadi bagaimana mahu memilih broccoli?

Untuk membuat pilihan broccoli yang terbaik dan terbagus di pasar raya, perhatikan warnanya. Yang terbaik adalah yang berwarna hijau pekat. Kalau dah warna kuning-kuning tu maknanya tak berapa bagus. Dan pilih broccoli yang batangnya kuat, bukan yang sudah lembik. Selalu kalau kat pasar raya, mereka akan balut broccoli dengan plastic, dan ini akan menyebabkan kandungan nutrient didalamnya berkurang. Jadi sebaiknya belilah broccoli yang tidak dibaluti plastic dan segar dari ladang.

Cara terbaik untuk memasak broccoli adalah melalui kukusan, bakar dalam microwave atau stir-fry. Kalau nak rebus, pastikan jangan lama-lama sangat. 3-4 minutes is just nice. Sebab nanti kalau rebus lama-lama, kandungan anti cancernya akan berkurang.


Selamat menggayakan gaya hidup sehat :)




Monday, February 27, 2012

Mas Kahwin - beberapa perkara asas dan penting yang anda perlu tahu

 Assalamualaikum semua.

Hari ini hari Isnin, hari untuk saya meluangkan masa untuk menulis di blog ini.Saya akan cuba untuk menulis hanya pada hari Isnin dan Jumaat sahaja selepas ini.Biasalah, saya pun ada kerja juga macam anda.Huhu.

Okeylah.Hari ni nak menulis serba sedikit tentang mas kahwin sebab teringat cerita tentang seorang kenalan jauh saya yang memberikan hantaran berupa saham felda kepada isterinya.Tetapi itu hantaran, hantaran bukanlah mas kahwin yang diwajibkan dalam syarak.Sila betulkan spek mata anda.

Wednesday, February 22, 2012

Kenali isteri - isteri baginda SAW, ummahatul mukminin

 Ramai yang tidak tahu bahawa kita mempunyai ibu dalam agama, iaitu ibu untuk orang - orang beriman.Tak lain dan tak bukan ialah isteri - isteri kepada baginda Rasulullah SAW.Apa kata hari ini, kita luangkan masa sebentar untuk mengenal mereka semua, sekurang - kurangnya maklumat ringkas tentang mereka.Letakkan cinta kita kepada ibu - ibu kita ini.

Isteri kita, anak- anak perempuan kita sepatutnya menjadikan ummuhatul mukminin sebagai idola mereka semua.Belikan mereka buku - buku berkenaan ibu - ibu kita ini, bacakan dan ambillah ibrah dalam setiap inci kehidupan mereka.Ilmu mereka, zuhud mereka, cinta mereka kepada suaminya Rasulullah SAW, pengorbanan mereka kepada agama, jihad mereka dan segalanya.

Tuesday, February 21, 2012

Scleroderma; A Love Story



We as a wife do really need a supporting husband in any conditions or obstacles we have.

What is scleroderma? I'll continue later on. Please keep checking this blog for any new entry.

Chillex :-)

Nak kahwin tapi AYAHmu tak bagi?


Sunday, February 19, 2012

Niat yang perlu diletak di dalam hati sebelum berkahwin

Hari ini, sebelum buat apa - apa pekerjaan, pasangkan niat siap - siap.Kita mahu jadi apa dan buat apa hari ini.Pasangkan niat yang baik - baik, semoga kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Begitu juga sebelum berkahwin.Apa ya kita nak niatkan?Apa ya yang kita mahukan daripada perkahwinan kita ni?Percaya atau tidak, kegagalan rumahtangga disebabkan si suami dan si isteri langsung tidak ada apa - apa niat yang jelas.Jadinya, perkahwinan sekadar mahu menghalalkan cinta sahaja.

Saturday, February 18, 2012

Melafazkan lafaz cerai/talaq dengan BAIK

Lama tidak menulis, kali terakhir menulis pada 28 Januari dan sekarang sudah 17 Februari.Semoga Allah beri saya kekuatan untuk terus menulis jika ada manfaat pada penulisan saya.Kali ini nak bercerita tentang cerai atau pun talak.

Pernah juga saya mendengar aduan - aduan daripada pasangan yang telah berkahwin.Tidak tahan dengan sikap pasangannya dan lain - lain lagi.Suami main perempuan lain, suami malas bekerja, suami pukul isteri dan lain - lain lagi.Itu kesilapan daripada pihak suami, daripada pihak isteri apa kurangnya.

Bahkan di negara kita, kes penceraian antara artis semakin menjadi - jadi.Semasa berkahwin, sangat gah, kad kahwin tak main yang seringgit dua, satu kad paling kurang bernilai RM5.Mewah. Tup tap tup tap, bercerai juga.

Apa ya masalahnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...