Friday, March 9, 2012

Nak bercerai tetapi tak jadi cerai

Tersebutlah al kisahnya di satu negeri di selatan utara tanah air kita ni.Seorang isteri yang mempunyai kerjaya yang bagus.Kaya pun kaya, cantik pun cantik, pelajaran pun tinggi..keluaran universiti katakan.

Dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang biasa - biasa sahaja, cinta punya pasal, berkahwinlah mereka.Hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka.10 tahun yang lalu, dia merasakan lelaki itulah yang akan menjadi tempat dia berteduh, bermanja dan sebagainya.


Monday, March 5, 2012

Hemoglobinopati

Hemoglobinopathies

Pengenalan awal:

Ianya adalah penyakit kongenital. Iaitu sakit yang datang sejak dari kecil lagi. Hemoglobin adalah bertanggungjawab untuk membawa oksigen didalam sel darah merah. Hemoglobin terdiri dari dua unsur: heme dan globin. Hemoglobinopathies adalah penyakit keturunan dimana berlaku ketidak normalan pada globin. Kajian menunjukkan penyakit ini berkaitan dengan perlindungan daripada sakit malaria pada individu yang terlibat.

Secara umumnya hemoglobinopathies terbahagi kepada dua:

1. Thalassemia : penghasilan globin yang kurang.

2. Struktur globin yang tidak sempurna - hemoglobin S, C dan E kerana berlaku mutasi pada beta-globin.

Kebanyakan bayi dikesan menghidapi hemoglobinopathies sewaktu pemeriksaan awal kelahiran.

Perhatikan gambar rajah dibawah:


Secara normalnya sewaktu kelahiran, bayi yang lahir akan mempunyai hemoglobin F yang terdiri daripada 2 alpha dan 2 gamma rantaian globin. Seterusnya dengan meningkatnya umur bayi, gamma globin akan berkurang dan akan diganti dengan beta globin maka menghasilkan globin dewasa yang terdiri daripada 2 alpha globin dan 2 gamma globin apabila umur bayi 2-4 bulan.

Rumusan: 

Normal globin bayi baru lahir (hemoglobin F) : 2 alpha + 2 gamma rantaian globin.

Normal globin bayi pada umur 2-4 bulan : 2 alpha + 2 beta rantaian globin.

Disebabkan alpha globin telah ada sejak bayi lahir maka penyakit yang melibatkan ketidak normalan pada alpha globin (alpha-thalassemia) akan wujud seawal kelahiran bayi. Berbanding dengan penyakit yang melibatkan ketidak normalan pada beta globin (beta-thalassemia atau penyakit sel sabit (sickle cell disease) ) , bayi tidak akan mempunyai apa-apa symptom di awal usianya 3-4 bulan dan simptom akan hadir apabila gamma globin berkurangan.

Saya akan bercerita tentang alpha thalessemia di episod yang akan datang.

Teruskan membaca.

Sunday, March 4, 2012

Anda pembawa Thalassemia?

 Assalamualaikum semua.

Beberapa minggu yang lepas, saya baru tahu bahawa keluarga saya menghidap sejenis penyakit yang dipanggil Thalassemia.

Penyakit ke?

Saya kurang arif mengenai penyakit ini.Keluarga saya sihat - sihat belaka, tidak pernah menghadapi apa - apa komplikasi sehinggalah anak buah saya mengalami masalah selepas kelahirannya dan disahkan menghidap Thalassemia.Rupa - rupanya ia penyakit yang berpunca daripada ibu bapa, dua dua pembawa Thalassemia, maka anak - anak berkemungkinan menghadapi masalah setelah lahir.

Faedahnya disini, sebelum bertunang atau berkahwin saya galakkan kepada semua pasangan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Mana tahu, pasangan anda atau anda sendiri menghidap penyakit yang anda tidak tahu dan akan membahayakan anak - anak anda nanti.

 Mari tonton tube di bawah, dan ambil faedah daripadanya.Comel adik di bawah ni :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...