Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Niat yang perlu diletak di dalam hati sebelum berkahwin

Hari ini, sebelum buat apa - apa pekerjaan, pasangkan niat siap - siap.Kita mahu jadi apa dan buat apa hari ini.Pasangkan niat yang baik - baik, semoga kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Begitu juga sebelum berkahwin.Apa ya kita nak niatkan?Apa ya yang kita mahukan daripada perkahwinan kita ni?Percaya atau tidak, kegagalan rumahtangga disebabkan si suami dan si isteri langsung tidak ada apa - apa niat yang jelas.Jadinya, perkahwinan sekadar mahu menghalalkan cinta sahaja.

Saturday, February 18, 2012

Melafazkan lafaz cerai/talaq dengan BAIK

Lama tidak menulis, kali terakhir menulis pada 28 Januari dan sekarang sudah 17 Februari.Semoga Allah beri saya kekuatan untuk terus menulis jika ada manfaat pada penulisan saya.Kali ini nak bercerita tentang cerai atau pun talak.

Pernah juga saya mendengar aduan - aduan daripada pasangan yang telah berkahwin.Tidak tahan dengan sikap pasangannya dan lain - lain lagi.Suami main perempuan lain, suami malas bekerja, suami pukul isteri dan lain - lain lagi.Itu kesilapan daripada pihak suami, daripada pihak isteri apa kurangnya.

Bahkan di negara kita, kes penceraian antara artis semakin menjadi - jadi.Semasa berkahwin, sangat gah, kad kahwin tak main yang seringgit dua, satu kad paling kurang bernilai RM5.Mewah. Tup tap tup tap, bercerai juga.

Apa ya masalahnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...