Tersebutlah al kisahnya di satu negeri di selatan utara tanah air kita ni.Seorang isteri yang mempunyai kerjaya yang bagus.Kaya pun kaya, cantik pun cantik, pelajaran pun tinggi..keluaran universiti katakan.Dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang biasa - biasa sahaja, cinta punya pasal, berkahwinlah mereka.Hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka.10 tahun yang lalu, dia merasakan lelaki itulah yang akan menjadi tempat dia berteduh, bermanja dan sebagainya.