Ramai yang tidak tahu bahawa kita mempunyai ibu dalam agama, iaitu ibu untuk orang - orang beriman.Tak lain dan tak bukan ialah isteri - isteri kepada baginda Rasulullah SAW.Apa kata hari ini, kita luangkan masa sebentar untuk mengenal mereka semua, sekurang - kurangnya maklumat ringkas tentang mereka.Letakkan cinta kita kepada ibu - ibu kita ini.
Isteri kita, anak- anak perempuan kita sepatutnya menjadikan ummuhatul mukminin sebagai idola mereka semua.Belikan mereka buku - buku berkenaan ibu - ibu kita ini, bacakan dan ambillah ibrah dalam setiap inci kehidupan mereka.Ilmu mereka, zuhud mereka, cinta mereka kepada suaminya Rasulullah SAW, pengorbanan mereka kepada agama, jihad mereka dan segalanya.
